Tuesday, July 31, 2012

Molotop.. meriam tin.. ko ado?

Gambar Hiasan

Zaman nakal dulu-dulu memang tak  boleh dilupakan. Satu perkara yang sering dilakukan pada bulan ramadhan adalah bermain mercun. Tapi kekadang mercun tu seperti permainan kanak-kanak. hahaha... sebab nak lebih hebat lagi main meriam. Sebelum menceburi bidang molotop ni. Mesti ada kekuatan fizikal seperti tahan gegendang telinga dan boleh lari laju sebab bunyi dah la kuat dah tu kena kejar dengan orang kampung lagi so kenalah lari laju. hhahaha...

Teringat zaman ni.. masa tu tempat selalu beroperasi adalah di pinggir hutan dimana jauh sikit (sikit je lah) dari rumah.. tapi bunyi boleh buat satu kampung berperang. Masa tu memang tak ingat apa-apa. bahaya ke tak bahaya ke tu soalan kedua. apa yang pentng keseronokan. belum jadi apa-apa boleh la cakap seronok,,, hahah... 

Apa-apa pun sangat bahaya kalau tak pandai main.. so rakan-rakan lama.. bila aku teringat je meriam tin.. mesti aku teringat tentang masak maggi dalam hutan, rembat nenas kat kebun orang pastu rembat durian orang.. hahaha.. begitulah sungguh nakal zaman kanak-kanak dulu... haisshhh~!! kenangan sungguh.

2 comments:

balkidz_hunny said...

meriam tin je ke? tak challenging betul. aku main meriam buluh & tanah ok. HAHA

keem said...

uitss.. tu meriam tu paling selamat tuk membuat serangan di surau.. ahha