Merdeka , Hari Malaysia dan Koir Akhir dapat nombor 4
31 Ogos adalah tarikh merdeka bagi Negara Malaysia yang telah lama aman dan harmoni hidup dalam pelbagai kaum walaupun ada segelintir kambing-kambing yang cuba merosakkan negara dari segi ekonomi, agama , bangsa dan penjajahan fikiran, tarikh yang berpeluang kepada semua rakyat malaysia untuk bercuti dan berpeluang untuk bersama keluarga tak kiralah berjalan ke pantai ke jalan-jalan Port Dickson ke atau rehat-rehat di rumah sambil layan air tebu, namun 31 Ogos yang lepas aku mendapat peluang untuk berfotografi di Teluk Intan, Perak. alahai.. walaupun cuti aku tetap mencari rezeki demi keluarga dan syarikat kami. buat pertama kali 31 ogos diraikan diluar kawasan mukim kampung sendiri, hehehe.. tapi sekali sekala best jugak... dapat tengok negeri orang..
apa-apa pun tahniah untuk zaki dan yana. selamat pengantin baru saya ucapkan. semoga jodoh dan berbahagia berkekalan sehingga sampai ke syurga.
16 September, Perkara yang sama telah berlaku dalam masa sehari, hari penubuhan negara malaysia iaitu bersatunya sabah dan sarawak ke dalam negara malaysia yang diakui oleh semua orang tentang kelahirannya.. walaupun segelintir menganggap satu penubuhan kronik untuk kepentingan kenegerian. namun malaysia yang aman dan makmur ni telah membuktikan sebenarnya tiada permasalahan yang berlaku. tindakan dan penjagaan keharmonian yang baik telah dilakukan oleh rakyat malaysia, semoga keamanan ini terus di kekalkan.. 16 september yang lepas juga adalah hari lahir emak aku.. untuk sekian 53tahun kehidupannya.. semoga kehidupan terus diberkati oleh Allah S.W.T.. 16 September juga tarikh lahir untuk dunia baru... Ateh a.k.a kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.00pagi. kelahiran kedua bagi pasangan suami isteri memberi keceriaan kepada seluruh anggota keluarga kami. semoga sihat sentiasa dan bahagia selalu... Hari yang sama.. aku kembali menyarung jersi fotografi untuk terus beraksi di Bkt Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan.. kemudian singgah makan-makan raya terakhir untuk tahun ni di rumah Nurul di Air Mawang, Negeri Sembilan. Terima kasih tak terhingga kepada nurul sekeluarga sambutan yang baik.. sangat terharu.. kah kah kah~!!!
koir?? ohhh tidak.. tak sangka kami dapat masuk peringkat akhir. namun apakan daya,.. dapat no 4 dari 4 pasukan.. best tak?? hehehe... apa-apa pun semua sahabat dapat memberi kesungguhan sepenuh tenaga, walaupun tak berjaya tapi kita tidak mengaku kalah begitu je, yang kalah tak semestinya terus kalah.. menang bukan untuk selamanya, bagi aku peluang ini diambil untuk pengalaman akan datang, walaupun bergaya agak zapin tapi dapat memberi saingan kepada semua peserta. apa pun tahniah korang.. memang terbaik la...
apa-apa pun tahniah untuk zaki dan yana. selamat pengantin baru saya ucapkan. semoga jodoh dan berbahagia berkekalan sehingga sampai ke syurga.
16 September, Perkara yang sama telah berlaku dalam masa sehari, hari penubuhan negara malaysia iaitu bersatunya sabah dan sarawak ke dalam negara malaysia yang diakui oleh semua orang tentang kelahirannya.. walaupun segelintir menganggap satu penubuhan kronik untuk kepentingan kenegerian. namun malaysia yang aman dan makmur ni telah membuktikan sebenarnya tiada permasalahan yang berlaku. tindakan dan penjagaan keharmonian yang baik telah dilakukan oleh rakyat malaysia, semoga keamanan ini terus di kekalkan.. 16 september yang lepas juga adalah hari lahir emak aku.. untuk sekian 53tahun kehidupannya.. semoga kehidupan terus diberkati oleh Allah S.W.T.. 16 September juga tarikh lahir untuk dunia baru... Ateh a.k.a kakak iparku selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.00pagi. kelahiran kedua bagi pasangan suami isteri memberi keceriaan kepada seluruh anggota keluarga kami. semoga sihat sentiasa dan bahagia selalu... Hari yang sama.. aku kembali menyarung jersi fotografi untuk terus beraksi di Bkt Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan.. kemudian singgah makan-makan raya terakhir untuk tahun ni di rumah Nurul di Air Mawang, Negeri Sembilan. Terima kasih tak terhingga kepada nurul sekeluarga sambutan yang baik.. sangat terharu.. kah kah kah~!!!
Gua rembat foto dari FB Cik Eija Rimau... Jangan Marah
Comments