Julai dan ianya sangat bermakna

Sudah Julai.. Blog sudah berkepam disimpan... lama sangatkan..
kisah Julai yang lepas telah lama diketahui.. aku malas nak ulang..
cuma julai kali ini adalah julai yang bermakna

Julai 2014.. permulaan ramadhan yang baik.. alhamdulillah... rumah dah siap.. zafran dah membesar.. kami sering dapat bersama.. walaupun aku agak sibuk keluar berjalan bekerja (Langkawi-Sabah-Kuala Lipis- Alor Setar).. kerungkaian masalah dapat ditangani bersama.. syukur kepada Allah kerana meminjamkan aku kebahagiaan yang sangat la...

Perut isteri aku makin membesar.. semua orang tak sabar menanti kelahiran anak kedua kami.. yang dijangka pada bulan ini juga.. Ya Allah besar sungguh pemberianMu.. aku terima dengan penuh perasaan bersyukur.. kelahiran yang memberi semangat kepada aku untuk terus bekerja dan meluaskan bisnes yang ada sekarang...

Julai ini.. kenangan yang tak dapat dilupakan.. kenangan kami yang rasa tak sabar untuk meneruskan jalan ke ogos hinggalah seterusnya nyawaku diambil balik oleh yang maha esa.

Comments

Popular Posts