10 KESILAPAN BISNES KECIL (Petikan FB Nobisha)
10 KESILAPAN BISNES KECIL
Kesilapan #1. Gagal validate idea sebelum buat pelaburan dalam bisnes. Bagaimana validate idea? Buat carian di internet. Tanya mereka di sekeliling, dapatkan pandangan kritikal. Keluarkan produk (atau perkhidmatan) sedikit dan cuba jual, sekiranya ada sambutan barulah buat pelaburan besar.

Kesilapan #2. Gagal buat penyesuaian kepada kehendak pelanggan.
Kesilapan paling besar ialah merasakan idea kitalah paling hebat.
Apabila pelanggan berikan maklumbalas, kita tutup telinga.
Kesilapan #3. Belum pun bisnes sedia ada stabil, sudah buka bisnes baru. Akhirnya gagal berikan tumpuan. Bisnes permulaan perlukan banyak perhatian.
Kesilapan #4. Beri tumpuan kepada pendapatan (revenue), bukan keuntungan. Pendapatan besar belum tentu untung besar. Adakala wang masuk banyak tetapi bisnes rugi.
Kesilapan #5. Beri terlalu banyak tumpuan kepada pengeluaran sehingga abaikan pemasaran. Malah, melihat pemasaran sebagai kos, bukannya pelaburan.
Kesilapan #6. Melakukan kesemua perkara sendiri dan gagal delegate tugas tersebut dengan anggapan orang lain tidak mampu melakukan sehebat diri sendiri.
Kesilapan #7. Gagal meraikan kejayaan-kejayaan kecil, hanya fokus kepada masalah. Akhirnya, kecewa.
Kesilapan #8. Tenggelam dengan "bekerja" sehingga gagal membangunkan bisnes. Akhirnya, kita jadi pekerja, bukan usahawan.
Kesilapan #9. Bantuan. Bantuan. Bantuan. Kalau asyik bercakap soal bantuan (dan salahkan orang lain kerana kita tak dapat bantuan), baik jangan jadi usahawan.
Kesilapan #10. Terpengaruh dengan statistik sehingga lupa bahawa setiap bisnes adalah unik dan tidak sama. Apabila kita baca 80% bisnes tak menjadi dan bungkus dalam 18 bulan pertama, kita ambil statistik itu untuk justifikasi kenapa kita perlu tutup bisnes sekarang!
#malaysia #usahawan #bisnes

Comments