Dan Kau Tak Bermimpi Lagi (Tribute Arwah Pak Yus Jambu)
DAN KAU TAK AKAN BERMIMPI LAGI...
(puisi dari sabri Yunus utk Arwah Pak Yus)
Kini kau telah pun pulang ke Rumah Abadi,
Meninggalkan sejumlah lakaran lukisan-lukisan mimpi-mimpi yang tidak pernah kau warnai,
Kau sepertinya takut mewarnai mimpi,
Kerana warna menjadikan mimpi itu realiti,
Kau sepertinya takut menatapi realiti,
Kerana realiti adalah mimpimu yang ngeri,
Lalu kau memilih untuk tidur lagi,
Tidur... untuk terus mencipta mimpi.
Lakaran mimpi-mimpi ciptaanmu silih berganti,
Hadir dan turut menyusuri denai hidupmu yang sepi,
Dan kau cuba menukar, menyusun mimpi-mimpi jadikan lagu untuk kau nyanyi melerai belenggu sunyi.
Ahh... terlupa kau barangkali,
Kau pernah melakar seruling dan harmonika namun kau tiup tak berbunyi,
Kau pernah melakar gendang dan rebana.. sedang kau palu tabuh terhenti,
Pernah dilantai pentas, berlaga antara tari dan nyanyi,
Pernah siulanmu tiba-tiba hilang melodi,
Namun kau tetap melakar mimpi-mimpi hingga fajar menyinsing hari.
Kini kau di Rumah Abadi,
Rumahmu yang hakiki,
Bersendiri seperti juga sebelum ini,
Dan dirumah itu nanti kau tidak akan punya mimpi,
Kerana kau tidak akan pernah tidur lagi,
Di sana adalah realiti sebenar realiti,
Tak mungkin jadi mimpi ngeri yang menakuti.

Comments