BUDAK KELAS BELAKANG.. LANGKAHNYA PANJANG... DEDIKASI KHAS UNTUK MEREKA YANG........

Saya bersama penulis buku Kaizan Nazlan (kredit foto fb Kaizan Nazlan)

Haii.... 
apa khabar
sihat ke?

Sekadar perkongsian....
Penulis membuktikan bahawa budak kelas belakang ni pengakhirannya bukan calang-calang orang
hanya persepsi orang semasa di sekolah.. bila diletakkan di kelas belakang..
dianggap budak ini nakal, malas, samseng dan tiada harapan
maka.. jika persepsi itu berterusan.. maka begitulah anggapan kepada mereka yang duduk kelas belakang..

Penulis juga berkongsikan tip-tip kejayaan dan juga motivasi dalam semua hal termasuk dalam isu perniagaan..
sempat juga saya bersembang dengan penulis ..beliau cukup yakin jika semua persepsi budak kelas belakang ni dapat dibetulkan.. maka kita akan dapat membangunkan modal insan yang berjaya..

Bagi mereka yang terasa diri duduk kelas belakang.. ingatlah. anda semua bukan orang yang bernasib malang.. anda semua adalah orang yang sama dalam untuk berjaya demi masa depan.
jangan rendah diri. jangan putus asa.. buktikan kepada semua orang yang anda BUDAK KELAS BELAKANG akan berjaya dimasa akan datang



Comments

Popular Posts