Ketikaku sedu.. Ia datang menyeruku

 Sebenarnya nak kongsi cerita kisah aku saje.. dah 3 tahun aku tak buat kerja fotografi walaupun ada sikit-sikit atas permintaan kawan-kawan aje. jadi kisah aku pun tersedu memikirkan apalah seterusnya...

Termenung juga memikirkan apa yang perlu aku buat selepas ini.. maklumlahkan keadaan ekonomi semasa, sara hidup lagi. perhh ayat macam orang politik.. hahahha... jenuh memikir apa yang patut aku buat, doaku berpanjangan untuk mendapatkan idea ini.

Sehinggalah aku singgah rumah mak aku.. entah macam mana lah aku boleh selongkar laci buku yang ada kat rumah mak aku tu, terkeluarlah buku seperti diatas. YE.. buku ini banyak memberi ilham dan idea kepada aku. banyak mengajar tentang teladan yang baik bagi peniaga. Sikap dan prinsip orang cina berniaga sangatlah menakjubkan. kalau nak tau lebih lanjut. belilah buku ni.. jangan pinjam kat aku.. nanti mak aku marah.. mak aku punya buku ni.. hahahaha...


Maka aku pun berpakatlah dengan adik aku untuk menjual kek brownies, tujuan aku menjual ini pun sebenarnya adalah untuk mencari modal membuat produk niaga aku sendiri untuk akan datang.. katanya dalam buku itu.. mulakan bisnes dengan modal yang sikit, risiko kurang.. jadi untuk permulaan, kita layan dulu kek brownies



Alhamdulillah.. setakat ini semua berjalan lancar, itulah seruannya,, kekadang kita rasa susah tetapi kita lupa pemberian AKAL daripada yang maha esa itu sangat bernilai, orang kata mungkin dah sampai seru aku untuk teruskan perjalanan hidup dengan persekitaran yang baru, puji tuhan yang maha esa diatas pemberian dan peluang yang luas kepada aku untuk terus hidup

Comments

Popular Posts