SUSUN & REPAIR KEWANGAN

Posting Pemilik FB Adlina MN

:::SUSUN & REPAIR KEWANGAN:::
Awal2 kerja dulu aku pun macam budak2 freshies yang lain jugak. Gaji starting cukup2 makan beb. Tapi kau sedar atau tak, pertama kali gaji kau masuk akaun tu lah permulaan percaturan kau untuk masa depan. Leka dan cuai kat sini, tertinggal la kau..
.
Dapat gaji; kau agihkan jumlah tu untuk perbelanjaan bulanan. Aku dulu conteng kat buku je. Skang dah tak conteng, semua dalam kepala dan masih lagi berdisiplin berbelanja.
📌 Simpanan wajib (10%-20% dari gaji)
📌 Simpanan kecemasan
📌 Mak Ayah
📌 Keperluan (Groceries/ minyak kereta, T&G, ansuran kereta, ansuran/sewa rumah)
📌 Bills (TNB/Syabas/Indah Water/Phone/Unify)
📌 Hiburan
📌 Baki
Kau agihkan berapa RM untuk setiap item tu. Disiplin belanja ikut apa yang kau agihkan tu je. Savings & kecemasan wajib ada. Dua benda ni yang selalu diabaikan.
.
Kalau kewangan dah terbabas, kau kena repair dulu. Nak repair bukan dengan cara tambah hutang atau komitmen. Tapi downgrade.
.
Potong dulu mana yang tak perlu. Cth; unify. Tak mati pun kalau takde benda tu kat rumah. Kereta pakai yang 2nd hand dulu pun takpe. Bukan CLK 320 2nd hand.. cukup dengan saga atau axia 2nd.. janji boleh gerak..
.
Jimat minyak kereta & tol. Drive ke public transport terdekat, naik public transport (LRT/MRT/Komuter/Bas) ke tempat kerja.
.
Hiburan tu bagi aku kalau dapat lepak makan roti canai kedai mamak pun ok dah. Sekadar nak release stress. Tak pun jalan2 shopping complex sambil cuci mata. Tapau la pin tudung ke, buku2 conteng ke sekeping dua..kalau suka wayang, pi tengok wayang sebulan sekali. Kalau takde langsung hiburan takut jenggg kepala karang..
.
Makanan tak perlu mewah. Aku dulu catu. Ke pasar sekali seminggu. Beli lauk pauk kira cukup2 untuk seminggu. Menu 2 hidangan cukup; 1 lauk & 1 sayur. Harini masak ikan, esok ayam, lusa ayam lagi.... hari jumaat telur. Memang aku kira, sekor ikan ni untuk harini, sekor lagi untuk esok dan seterusnya.
.
Nampak seksa & berkira kan?? huhu..
Yup. But thats it kalau kau betul nak senang kemudian atau bersungguh2 nak repair kewangan.
.
DOWNGRADE.
BUKAN tambah KOMITMEN.
.
Kau boleh buat sendiri benda ni dik. Tak perlu bayar ribu2 untuk orang lain betulkan. Kalau orang bentangkan 2 muka surat penuh kertas A4 sekali pun, kalau kau tak buat & bertindak.. sama je.
.
Tak salah kalau nak mengadap orang lain untuk bantu kau.. tp cari orang yg betul. Kalau sampai ribu riban kena bayar tak tau la aku kat mana logiknya. Ada emas dalam kerongkong gamaknya. Zaman skang senang dik. Eveything’s on your fingertips. Kau taip je. Dalam FB ni pun berlambak ilmu kau boleh dapat.
.
Oklah, penat aku taip panjang2. Lepas baca transfer RM4500 ke akaun aku. Diskaun 10%. Harga asal 5K. Mekacih..😆😆
Adius!

Comments

Anonymous said…
Semua caranya tetap sama. Tp nak consistent mmg mencabar. Bila wife & husband bekerja lagi pening nak bahagikan tanggungjawab. So apa perlu di buat sekiranya bila gaji bergaduh. Payahkan. So the solution is?

Popular Posts