10 Julai .. Ayah Diganti Abah
Wazir Bin Abdul Gani 1957 - 1991
Tarikh 10 Julai adalah tarikh sejarah kelahiran ayah. Seorang yang tegas dan penyayang. Tidaklah lama bersama.. ketika aku berusia 7 tahun.. ayah menghembus nafas yang terakhir. Masih ingat lagi.. disubuh hari.. ayah sesak nafas.. gas ditangan pam tapi masih tidak berdaya lagi.. laju dibawa ke klinik dan disitu nafas terakhir.. selamat pulang ke pangkuan yang maha esa. Segala kenangan terus akan di simpan.
Kisahnya pada tarikh yang sama.. ulangtahun kelahiran Bapa Mertua. Ketentuan selepas kehilangan ayah digantikan abah. Sebagai ulangan panggilan semula gelaran bapa selepas 21 tahun tidak memanggil gelaran tersebut.. semoga abah terus sihat dan dirahmati serta diberi keberkatan sepanjang kehidupan.
Comments