29 Tahun selepas pemergian Ayah


21 September 1991
Hembusan nafas terakhir pada pukul 6.30 pagi.. 
Saat terakhir yang sempat aku tengok pagi tu.. arwah ayah menahan sakit sesak nafas.. riuh dirumah kami ketika itu.. Sempat melihat arwah dimasukkan ke dalam kereta Pakcik Ibrahim.. jiran sebelah rumah terus menuju ke klinik.. saat aku berumur 7 Tahun tak dapat di gambar selepas pulangnya tetangga sebelah menyatakan arwah telah tiada lagi di dunia..

29 tahun telah berlalu.. telah lama berlalu masa.. kepada Dia kita datang.. KepadaNya kita Kembali.. 

Kalau arwah masih ada.. ermm.. penatlah layan anak-anak aku.. pusing-pusing bawak cucu naik motorlah jawabnya.. macam aku kecil-kecil dahulu.. 

Comments

Popular Posts